Formation of the Policy Advisory Committee to the Prime Minister

media release
Pejabat Perdana Menteri, 22 April 2024 – YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri (Policy Advisory Committee to the Prime Minister, PMAC) untuk memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi sejajar dengan Ekonomi MADANI.

Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Hassan Marican dan turut dianggotai oleh Dato' Ahmad Fuad Md Ali, Profesor Dr Yeah Kim Leng dan Dr Nungsari Ahmad Radhi.

Penubuhan jawatankuasa ini susulan berakhirnya tempoh Jawatankuasa Penasihat Kepada Menteri Kewangan (ACFIN) pada Februari 2024 yang juga dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Hassan Marican. Cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh ACFIN telah mendapat pertimbangan sewajarnya dan sebahagian daripadanya kini dalam proses pelaksanaan.

Jawatankuasa yang dilantik ini tidak akan menerima sebarang bayaran daripada Kerajaan.


More Media Releases

media release
22 Apr 2024
Formation of the Policy Advisory Committee to the Prime Minister
Loading…